Monday, June 07, 2010

Belajar?

“Kita TIDAK GAGAL setelah kita jatuh, tetapi kita dikira GAGAL jika kita jatuh dan tidak bangun semula. BERAPA KALI kita jatuh tidak penting, yang pentingnya ialah BAGAIMANA KITA BANGUN SEMULA setelah kita jatuh…”.

 1.Kajian di Amerika Syarikat menyatakan bahawa faktor utama pelajar mengalami kegagalan adalah kurangnya minat. Menurut Johan Adams (1956) dalam bukunya “The Student’s Guide” menyatakan bahawa semakin tinggi minat sesorang pelajar terhadap pelajarannya, semakin tinggi konsentrasinya terhadap ilmu pengetahuan yang disampaikan (dalam The Liang Gie, 1994). 

2.Seseorang yang kurang minat untuk belajar sering kali mengalami kekosongan perhatian, kebosanan dan mudah putus asa.

3.Dalam proses belajar, harus bertanya kepada diri sendiri apakah sebenarnya yang anda inginkan? 
    a)Adakah anda terpaksa mengikut sesuatu kursus atas desakan ibu bapa ataupun dari segi kehendak  
        pekerjaan.?
     b)Kursus apakah yang sebenarnya paling anda minati?

4. Pertanyaan ini mestilah anda sendiri menjawabnya. Untuk belajar dengan efisien anda memerlukan pengetahuan di mana ia boleh diperolehi melalui pengalaman, mengembangkan maklumat dan kefahaman teori dan amali yang akan menjadikan seseorang memiliki kemahiran dan kepandaian (Saunders, 1994). 

5. Mengikut Anderson et al. (dalam Redway, 1988) terdapat tujuh prinsip asas belajar, iaitu:
  1. Pembelajaran yang efektif bergantung kepada inisiatif anda untuk belajar. Tetapi ini tidak mencukupi; anda harus tahu apa yang kita ingin pelajari.
  2. Kadar pembelajaran juga berbeza-beza antara individu dan antara tugas dan bidang. Jangan sesekali berasa rendah diri jikalau rakan anda lebih baik daripada anda.
  3. Belajar beberapa subjek lebih baik daripada belajar keseluruhan subjek yang sama dalam sehari. Ini bermakna mempelbagaikan subjek dalam pembelajaran setiap hari lebih baik daripada belajar hanya satu subjek setiap hari.
  4. Penumpuan dan keberkesanan akan berkurangan dalam suatu jangka masa belajar. Untuk mengatasi hal ini anda perlu rehat beberapa minit apabila terasa penat.
  5. Kemahiran mempelajari satu subjek mungkin berlainan bagi subjek-subjek yang berbeza.
  6. Ingatan pengetahuan dan pengekalan ingatan pengetahuan sentiasa lebih baik daripada ingat semula.
  7. Belajar akan jadi lebih maju dengan belajar secara ulangkaji, latih tubi dan latihan yang berulang-ulang. 

0 juta sudi membaca:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com