setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat...
Selama
hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu ayah saya
menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai
pengalaman menarik dan pelik. Bagaimanapun, dalam banyak-banyak
peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan
sampai bila-bila.
Ianya
berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan
30-an.Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya 20 tahun dan masih
menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya
balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.
Saya
menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah
Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang semuanya di Mekah,
cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak. Walaupun
masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk
menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung
dalam keluarga..
Berbalik
kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di
Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak
riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.
Sebaik
sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke
Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai
di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan.
Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita
terbabit..
Tapi
tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah,
tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri. Sebagai orang yang
dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke
arah wanita berkenaan. "Kakak ni sakit," kata saya pada jemaah-jemaah
yang lain. Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi
cemas. Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.
"Badan
dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong
saya…kita bawa dia ke hospital," kata saya. Tanpa membuang masa, kami
mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang
terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar
ke tempat penginapan masing-masing.
Sampai
di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri.
Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun
semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.
Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya
terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.
Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital
Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.
Bagaimanapun,
saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita
itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu
adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.
Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu
dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut
sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya
berbanding hospital madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak
berhasil.
Jadual
haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan
ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya,
bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor
bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya
stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya
di hospital.
Selepas
dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut
matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Tapi
sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya
dengan erat sambil menangis teresak- esak. Sudah tentu saya terkejut
sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba
menangis??
Saya
bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa kakak menangis?" "Mazlan…
kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda
yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat."
"Kenapa
pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih
terpinga-pinga. Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab
pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada
saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu
diambil iktibar oleh kita semua. Katanya, "Mazlan, kakak ni sudah
berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap.
Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun
kakak tak buat. Kakak tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat
kakak dan suami kakak tak buat.
Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak terajang, kakak pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.
"Habis yang kakak pergi haji ini?"
"Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi."
"Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami semasa sakit?" tanya saya lagi.
Dengan
suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan, "Mazlan…Allah itu Maha
Besar, MahaAgung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan
seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak
buat selama ini.
"Betul ke kak?" tanya saya, terkejut.
"Betul
Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang
balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan
syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak
pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut kakak ditarik
dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak ceritakan macam mana
pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah."
"Bukan
itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang
dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini… putus, jatuh ke
dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan
main. Kakak menjerit, menangis kesakitan.. Kakak masukkan tangan ke
dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik." tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.
Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.
Dengan
suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran,
wanita itu meneruskan ceritanya, "Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut
kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut
kulit kepala.. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti
menggelegak. Azab itu cukup pedih…pedih yang amat sangat…tak boleh nak
diceritakan. "sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis
teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.
Saya
pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali
balasan Allah kepada umatnya yang ingkar. "Mazlan…kakak ni nama saja
Islam, tapi kakak minum arak, kakak main judi dan segala macam dosa
besar.
Kerana
kakak suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak
sedarkan diri itu kakak telah diberi makan buah-buahan yang berduri
tajam. Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja. tapi kakak
perlu makan buah-buah itu sebab kakak betul-betul lapar. "Bila ditelan
saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong kakak dan bila
sampai ke perut, ia menikam pula perut kakak.
Sedangkan
jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri
besar menyucuk kerongkong dan perut kita. Habis saja buah-buah itu kakak
makan, kakak diberi pula makan bara-bara api. Bila kakak masukkan saja
bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan kakak rasa seperti terbakar
hangus.
Panasnya
cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama
dengan kepanasannya. Selepas habis bara api, kakak minta minuman,
tapi…kakak dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.
Baunya cukup busuk. Tapi kakak terpaksa minum sebab kakak sangat dahaga.
Semua terpaksa kakak lalui…azabnya tak pernah rasa, tak pernah kakak
alami sepanjang kakak hidup di dunia ini."
Saya
terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun.. Terasa sungguh
kebesaran Allah. "Masa diazab itu, kakak merayu mohon kepada Allah
supaya berilah kakak nyawa sekali lagi, berilah kakak peluang untuk
hidup sekali lagi. Tak berhenti-henti kakak memohon. Kakak kata kakak
akan buktikan bahawa kakak tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu. Kakak
berjanji tak akan ingkar perintah Allah akan jadi umat yg soleh. Kakak
berjanji kalau kakak dihidupkan semula, kakak akan tampung segala
kekurangan dan kesilapan kakak dahulu, kakak akan mengaji,akan
sembahyang, akan puasa yang selama ini kakak tinggalkan.. "
Saya
termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung
dan Maha Berkuasa.. Kita manusia ini tak akan terlepas daripada
balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita
terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.
Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah..
"Ini
bukan mimpi Mazlan. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu
sekali. Kakak bertaubat Mazlan, kakak tak akan ulangi lagi kesilapan
kakak dahulu. Kakak bertaubat… kakak taubat nasuha," katanya sambil
menangis-nangis.
Sejak
itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke
Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak. Amal ibadahnya tak
henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu
maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang
subuh.
"Kakak…yang
kakak sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Kakak kena jaga juga kesihatan
diri kakak. Lepas sembahyang Isyak tu kakak baliklah, makan nasi ke,
berehat ke…" tegur saya.
"Tak
apalah Mazlan. Kakak ada bawa buah kurma. Bolehlah kakak makan semasa
kakak lapar." menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil
Haram, dia mengqadakan semulasembahyang yang ditinggalkannya dahulu.
Selain
itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya
kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan
perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula. Jadi saya
menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan
kesihatannya.
"Tak
boleh Mazlan.. Kakak takut…kakak dah merasai pedihnya azab tuhan.
Mazlan tak rasa, Mazlan tak tau. Kalau Mazlan dah merasai azab itu,
Mazlan juga akan jadi macam kakak. Kakak betul- betul bertaubat."
wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya,
"Mazlan, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Mazlan ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung. Cukuplah kakak seorang saja yang merasai seksaan itu, kakak tak mau wanita lain pula jadi macam kakak. Semasa diazab, kakak tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan muhrimnya, maka dia diberikan satu dosa. Kalau 10 orang lelaki bukan muhrim tengok sehelai rambut kakak ini, bermakna kakak mendapat 10 dosa."
"Tapi
Mazlan, rambut kakak ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang
tengok rambut kakak, ini bermakna beribu-ribu dosa yang kakak dapat.
Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari,
kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam kakak ni??? Allah…"
"Kakak
ber azam , balik saja dari haji ini, kakak akan minta tolong dari ustaz
supaya ajar suami akak sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat. Kakak
nak ajak suami pergi haji. Seperti mana kakak, suami kakak tu Islam pada
nama saja. Tapi itu semua kesilapan kakak. Kakak sudah bawa dia masuk
Islam, tapi kakak tak bimbing dia. Bukan itu saja, kakak pula yang jadi
seperti orang bukan Islam."
Sejak
balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita
tersebut. Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang
benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya
diazab semasa koma? Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia
berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat nasuha?
Satu
lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang
digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadis. Adakah ia
bercanggah? Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat
membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan
pahala,syurga dan neraka itu perkara ghaib? Janganlah bila kita sudah
meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa
"Oh… memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal…. . "
itu dah terlambat.
0 juta sudi membaca:
Post a Comment