Thursday, November 24, 2011

Indecieve

ASSALAMUALAIKUM dan selamat malam.
Hidup ini ibarat selembar kanvas. Lukisan mana yang ingin kau dilakar di atasnya? Pilihan di tanganmu…Dipilih dan memilih untuk…

Bila kita berhadapan dengan pilihan dalam menentukan jalan hidup kita, kita akan rasa keliru dan mula berfikir untuk cari jalan penyelesaian. Terpulang pada kita untuk membuat keputusan berdasarkan hati atau pun berdasarkan akal fikiran. Kalau diikutkan hati atau fikiran yang melulu kita akan salah dalam membuat keputusan.

Sebagai contoh, ketika kita pergi ke gerai untuk makan. Kita akan mula berfikir makanan apa yang kita inginkan. Mungkin kita akan bertanya rakan kita makanan apa yang sedap di situ. Kawan kita akan mengsyorkan makanan yang di rasa sedap. Ditambah dengan situasi sekeliling yang memperlihatkan makanan orang lain yang dilihat dari pandangan kita kelihatan sedap. Disudut kanan gerai makan kelihatan seorang pemuda menghantar makanan di meja tersebut. Kelihatan mee yang menguning di hiasi sayur yang kehijauan kelihatan nampak segar dan menyelerakan. Ditambah dengan kepulan asap yang mencerminkan bahwa makanan itu "segar dari kuali" si pemasak.

Mungkin situasi begini akan membuatkan kita memilih untuk makan makanan yang dilihat sedap pada pandangan zahir kita disamping melihat pandangan rakan kita itu tadi. Apabila kita sudah mendapat makanan yang kita inginkan tadi, tibalah masanya untuk kita menilai sama ada mee yang di lihat itu tadi benar-benar sedap atau sebaliknya. Jika mee tersebut sedap maka kita akan berasa puas hati dan jika sebaliknya apakah yang akan terjadi?

Situasi begini sama lah seperti ketika kita membuat keputusan. Jika kita membuat keputusan berdasarkan pandangan mata kasar kita sahaja tidak cukup jika kita tidak menilainya mengunakan akal fikiran kita. Jika kita membuat keputusan berdasarkan orang lain, bimbang jika keputusan itu memudaratkan kita, kita akan mula menyalakan orang tersebut. Oleh itu, buat lah keputusan berdasarkan hati dan akal fikiran kita yang semaksimum yang mungkin.
Berdoa' lah dan mintalah petunjuk-Nya agar keputusan kita itu adalah keputusan yang sebaiknya untuk kita dan hasilnya betul-betul membawa keuntungan kepada kita dan orang di sekeliling kita.

I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know
-maafkan aku kak tak dapat pergi ke majlis pentingmu-
.

1 juta sudi membaca:

Aziz Syaidahtul said...

aih...x pergi tgk kak convo ke?

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com