Thursday, August 11, 2011

Jangan Biar Orang Tipu Kita


Assalamualaikum w.b.t

Diharapkan semua bloggers sihat-sihat dan sentiasa kuat menghadapi bulan Ramadhan. Hari ini puasa yang ke-11 kita. Come on! dan semoga hadapi hidup yang macam-macam ini dengan hati yang lapang dan positif! Hidup kalau tak macam-macam tak best la kan? Macam rojak kalau tak macam-macam dalamnya tak nama rojak la kan? Nasi kalau kita berbuka puasa kalau tak ada lauk macam-macam tak syok la kan? Angap je semua ini penuh dramatik dan menyeronokkan ok?

Disebabkan dah lama tak menulis entri, hari ini nak tulis panjang sikit. Kalau tak larat baca boleh sambung esok! Haha.Gurau je.Dah lama tak menulis entri . Asyik-asyik join segmen la, giveway la, mesti orang yang datang blog Siti bosankan?Macam bagus sangat je tulisan aku ek.Haha. Ok lupakan. Sebenarnya nak cerita dua hari lepas aku dikejutkan dengan berita yang pekerja ayah aku di 'pau'. Bukan kuih pau. Tapi aku nak entri ini sebagai  pengalaman dan jadikan teladan untuk korang-korang semua.

Pekerja ayah aku ini orang kulit gelap(bukan orang malaysia). Aku ibaratkan yang pekerja ayah aku ini jual pau. Sedang dia bekerja dengan penuh kusyuk dan telitinya. Ada 2 manusia datang tanya pekerja ayah aku ini kerja dengan sapa? Ada passport ke? Semua-semua la dia tanya. Ibarat bertanya macam lelaki nak ngorat pompuan.Pelik-pelik je peribahasa aku. 

Pastu pekerja ayah aku pun dengan slang nya.
 "Saya kerja sama itu bos @@@@" "Saya kerja sini bertahun-tahun" "Itu passport ada sama majikan"

Banyak cakap bagi dulu pau-pau yang awak ada. Pekerja ayah aku pun bagilah pau yang mereka ada.Kesian kan?2 orang manusia itu tadi bawa perkerja ayah aku, pergi pejabat tempat mereka berkerja. Syarikat pau yang mengambil perkerja oversea untuk berkerja. Cakap punya cakap tak banyak bunyik memang konfem la perkerja oversea tu datang secara sah. Orang cakap pandai bawak pandai la hantar kan. Ade ke patot tinggal je perkerja ayah aku tu tepi jalan. Sikit punya jauh la suruh jalan kaki pergi tempat diorang jual pau tadi. Ibarat pau dah dapat kulit-kulitnya pulak  dibuang. Tak baik kan menganiya orang berpuasa? Awak pun berpuasa tak ada hati perut ke? Aisey.Ini bukan kes mengutuk tapi tolong la kawan-kawan aku. Islam tak mengajar umatnya menganiya sesama manusia kan?

Nak di jadikan cerita perkerja ayah aku ternampak la mereka berjalan. Jadi ditumpangkan nya ke tempat mereka berkerja. Rupanya 2 manusia ini memang selalu makan pau orang oversea. Ish3. Ada jugak masa itu perkerja ayah aku beli makanan di warong. Manusia2 itu pun ada. 

Manusia itu:                  Kerja mana?Ada pasport?
Pekerja Oversea:          Syarikat Pau SEdap.Ada.
Manusia itu:                  Kat sini tak ada syarikat pau sedap!

Suddenly, adegan cakar-menyakar.seperti kucing menyakar anjing.tarik-tarik rambut.
(Andaian aku je masa ayah aku cerita pagi tadi.hehe.teruskan membaca....)
masa aku search kat google gambar orang bergaduh.wahhh...nak nanes. Bukan sedih apa.Seram ada pulok gambar tangan terputus!Rasa macam nak letak.tak jadik!huhu.Ngeri kot. Siap tengok celah mata.Nak pilih gambo yang sesuai.Korang try la google image.kalau ada bran!hehe.

...mak cik warong:         Kat sini memang ada syarikat pau sedap.Diorang memang kerja situ.

manusia itu senyap membisu ibarat meletakkan muka didalam tanah. Meh aku tulun cangkuikan. Agak-agaklah nak membohongkan? Aisey.Jadikan teladan ea.Moga mereka bertaubatlah. Tapi kawan-kawan tak semua manusia begitu. Jangan lah disebabkan susu setitik, habis langsung tak maw minum minuman itu.(bagi orang yang tak minum susu). Hehe.

Bagi yang rasa ada pangkat, ada kuasa jangan lah menyalah guna kekuasaan anda itu. Hidup ini ibarat roda. Setiap yang berlaku pasti ada balasanya. Meski baik atau buruk, ya tak?Nak tunjukkan yang hidup ini ada macam-macam orang. Ada yang tertindas. Ada yang menindas-nindas sampai rasa tak nak dah hidup di dunia ini.Perghh..ayat cam hina je ek! Apa pun jadikan pengajaran ek!

Pak Ali ada 4 bini,
Lepak-lepak rumah Pak Aji Zairee,
Burok benor berita ini,
Asyik makan pau free.





3 juta sudi membaca:

Rean said...

indahnya perumpamaan awk haha..ni terlebih makan pau ye? :D

Rean said...

indahnya perumpamaan awk haha..ni terlebih makan pau ye? :D

Aziz Syaidahtul said...

2 kali baca baru faham...adei...perumpamaan kaw punya...

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com