Monday, August 15, 2011

Diari Ramadhan



ASSALAMUALAIKUM w.b.t

Diari ini dimulakan dari seawal jam 4 pagi (mengikut kemampuan). Tidak mengapa walalupun sudah 14 hari Ramadhan sudah berlalu , masih berbaki 15 hari lagi. Insyalllah dipermudahkan.
sebagai guideline untuk diri ini dan juga teman-teman menempuhi Ramadhan


JAM 4 PAGI
  • Bangun dan berdoa kepada Allah dengan doa:

“Segala puji bagi ALLAH yang telah menghidupkan aku setelah Dia mematikan aku, kepada-Nyalah aku akan dikembalikan.”

  • Berniat untuk melaksanakan sebanyak-banyak kebaikkan hari ini.
  • Mandi dan membersihkan diri, mengambil wuduk dan memakai pakaian yang suci untuk beribadah, berwangi-wangian.
  • Solat Sunat Taubat. Selepas sembahyang memohon ampun kepada ALLAH. Menangislah menyesali dosa.
  • Solat Sunat Tahajud
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir. Selepas salam, bangun lagi dan sembahyang witir satu rakaat
  • Perbanyakkan berdoa kepada ALLAH dengan penuh rasa kehambaan, rendah diri, meminta-minta dan merintih-rintih, agar ALLAH ampunkan dosa, terima taubat dan amalan kita serta memperkenankan doa dan permintaan kita.


JAM 5 PAGI
  • Bersedia untuk bersahur dengan berniat dengan niat yang lengkap maksudnya:
“Sahaja, aku berpuasa esok hari menunaikan fardu Ramadhan pada tahun ini kerana ALLAH Taala.”

  • Bersiap menunggu waktu Subuh dengan membaca Al-Quran atau berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sembahyang Sunat Subuh
  • Sembahyang Subuh berjemaah
  • Menyelesaikan wirid harian atau membaca Al-Quran hingga terbit matahari. Elakkan tidur selepas Subuh kerana waktu itu adalah waktu paling berkat untuk memulakan pekerjaan



JAM 7 PAGI
  • Membuat persiapan ke tempat kerja.
  • Melangkah ketempat kerja dengan membaca Bismillah dan memasang niat yang baik-baik.
  • Mulakan kerja dengan Bismillah dan doa kepada ALLAH agar semua kegiatan diberkati-Nya.
  • Sentiasa berselawat sama ada menyebutnya atau di dalam hati.
  • Banyakkan istighfar/memohon keampunan.
  • Melaksanakan kerja dengan bersemangat dan penuh tanggungjawab.
  • Datangkan rasa bahawa ALLAH sentiasa memerhati kerja yang dilakukan dan yakinlah Dia akan membalas segala kebaikan kita.



JAM 10 PAGI
  • Sembahyang Sunat Dhuha. Ia mengundang rezeki yang berkat jika istiqamah diamalkan
  • Penuhi masa rehat tengah hari dengan menambah ilmu seperti melalui pembacaan
  • Membaca al-Quran, biarpun hanya sepotong dua ayat. Elakkan dari melakukan dosa walaupun kecil dan perkara yang sia-sia seperti bercakap mengenai hal yang tiada apa-apa kebaikan



JAM 12.45 TENGAH HARI
  • Bersiap untuk solat Zohor
  • Menunggu waktu sembahyang dengan berselawat
  • Solat berjemaah
  • Laksanakan juga solat sunat Rawatib
  • Bersujud syukurlah selepas selesai sembahyang sunat dan wirid sebagai tanda terima kasih kepada ALLAH yang member nikmat besar dapat menyembah-Nya




JAM 4.15 PETANG
  • Bersedia untuk solat Asar
  • Solat Asar berjemaah
  • Laksanakan juga Solat Sunat Qabliyah
  • Bersujud syukurlah setelah selesai sembahyang sunat dan wirid






JAM 6.30 PETANG
  • Memperbanyakkan doa sebelum berbuka kerana waktu itu merupakan masa yang mustajab doa. Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Ramai orang yang berpuasa, yang meraka dapat hanya lapar dan dahaga.”




JAM 7 MALAM
  • Apabila masuk Mahgrib, bacalah doa:
“Wahai Tuhan, kerana Engkaulah aku berpuasa, kepada Engkaulah aku beriman, dan dengan rezeki Engkaulah aku berbuka.”

  • Berbuka puasa dengan makanan yang manis seperti buah kurma dan tidak makan terlalu banyak
  • Seeloknya setelah memakan kurma dan meminum air, terus menunaikan solat
  • Maghrib berjemaah, selepas itu baru makan makanan yang berat.
“Allahumma laka shumtu wa ala rizqika afthartu.”
(Ya ALLAH untuk-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka).
(Riwayat Abu Daud)




JAM 8.30 MALAM
  • Solat Isyak secara berjemaah dan diteruskan pula dengan Solat Tarawih.
  • Baca Al-Quran dengan penuh tawaduk, seelok-eloknya baca dengan bertadarus.

semoga Ramadhan kali ini menjadi yang terbaik dari tahun yang lalu..






6 juta sudi membaca:

Unknown said...

erm penuhkan hari dgn keimanan

insyaallah tenang hatinye

Unknown said...

hehe,,,insyallah.. :P

Hafizin Jamil said...

praktikkan slow2..

fuad ansari said...

bagus diari ni.. nak beli kat mana ye..

thanks sudi berkongsi diari yg bermanfaat.. (",)

Zul fattah said...

harap2 dapat dipenuhi r.. haha

Unknown said...

@ H.J betul-betul
@ fuad diari ini jual kt cinie jer :)
@ fattah insyallah.. :)

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com