Bissmillahirohmanirrohim…
Ya Allah, Ya Tuhan kami Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih.
Ya Allah, aku ini hamba–Mu yang lemah. aku telah kehilangan arah. yang ada kini hanya kelemahan yang amat tinggi.aku telah kehilangan jalan. bahkan aku sudah tidak nampak apa-apa dihadapan. dan hati ini terus gundah dan gelisah, Ya Allah.
kalaulah aku boleh memutuskan urat saraf untuk rasa perasaan yang ini, maka biarlah aku tidak punya perasaan ini. aku tidak mahu ada lagi hati yang sakit, aku tidak mahu ada lagi yang menangis.
aku mohon pada-Mu Ya Allah. beri aku sedikit kekuatan untuk aku terus berusaha bersama mereka, beri aku peluang untuk terus berjalan, biar perlahan. terus bernafas. aku tidak minta seorang teman yang boleh berkongsi setiap perkara. aku tidak minta untuk bergembira. ku mohon biarlah hanya secebis senyuman yang akan menyenangkan hati-hati itu.ku harap sekadar seorang sahabat untuk masa senang dan susah. ku mohon ditunjuk jalan penyelesaian.jalan keluar yang lurus dan benar.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu curahan rahmat dari sisi-Mu, yang dengannya hatiku mendapat petunjuk, terkumpul segala yang bercerai-berai dan terhimpun segala yang terpisah-pisah, tertolak segala fitnah atas diriku dan bertambah baik urusan agamaku, terpelihara segala sesuatu yang jauh dariku dan terangkat apa yang dekat denganku, disucikan segala perbuatanku dan dicerahkan wajahku, diberi ilham menuju petunjuk dan terpelihara diriku dari segala sesuatu yang tidak menyenangkan.
0 juta sudi membaca:
Post a Comment