Saturday, July 16, 2011

Istiwa Utama (Istiwa A'zam) pada 28 Mei dan 16 Julai setiap tahun



Tadi baca di belog YanaMIB mengenai Istiwa Utama (Istiwa A’zam) ni. Naifnya rasa diri ini sebab baru tahu pasal tu..-.-’ 
So, kat sini  republish entry berkenaan ini untuk pengetahuan diri sendiri dan kongsikan dengan semua readers! Yang dah tahu tu baguslah..;)



Menurut sumber yang perolehi mengatakan, Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam. Penentuan

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam.Penentuan arah qiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah qiblatnya tepat mengadap Ka’bah. Setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH SWT tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Ka’bah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

Kemudahan yang Allah berikan ini membolehkan kita semua umat Islam di seluruh dunia dari dahulu hingga ke hari Qiamat menyemak arah Qiblat dengan mudah dan tepat. Subhanallah.. Maha Suci Allah yang menjadikan sekalian alam….
Bilakah Istiwa A’zam berlaku?

Di Makkah, fenomena ini berlaku pada:
  • 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 12.16 pm
  • 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 12.28 pm


Di Malaysia, fenomena ini berlaku pada:
  • 28 Mei setiap tahun, tepat pukul 5.16 pm
  • 16 Julai setiap tahun, tepat pukul 5.28 pm


Di negara lain kalau y’ols nak tahu sila cari sendiri oke..;D

Ini bermakna kita dah terlepas satu fenomena iaitu pada 28 Mei yang lalu. Lagi sekali adalah? Hari INI ???!!!!

Apa yang perlu dilakukan untuk menyemak qiblat dengan tepat?

Sebelum
  • Pastikan jam yang selalu dibuat rujukan oleh anda mengikuti waktu piawai yang tepat. Untuk menentukan ketepatan waktu, anda boleh memeriksanya dengan SIRIM atau boleh juga merujuk kepada waktu yang terpapar di televisyen atau radio. Ketepatan waktu yang mengikut piawai adalah penting untuk mendapat hasil yang betul. Justeru, betulkan jam anda mengikut waktu piawai yang betul.
  • Cari objek lurus yang keras seperti batang kayu, tiang atau pen.
  • Pacakkan objek tersebut secara menegak (bersudut 90°) di atas permukaan yang rata.
  • Pastikan bayang-bayang yang terhasil dari objek tersebut jelas boleh dilihat dengan terang dan jelas.
  • Pastikan juga anda boleh melihat matahari dari kedudukan tempat anda pacakkan objek lurus tersebut dan tidak terlindung.
  • Tunggu dengan sabar waktu yang disebutkan di atas.


Ketika peristiwa ini berlaku:
  • Perhatikan bayang-bayang yang terhasil dari objek lurus yang dipacakkan tersebut.
  • Arah qiblat adalah arah yang bertentangan dengan jatuhnya bayang-bayang itu. (Rujuk gambar di atas)
  • Tandakan arah qiblat.


Selepas
  • Yakinlah bahawa itu merupakan arah qiblat yang tepat.
  • Bersyukurlah kepada ALLAH subhanahu wata’ala yang telah memberikan peluang untuk tuan/puan memeriksa arah qiblat melalui kaedah ini.
  • Hadapkanlah tubuh tuan/puan ke arah qiblat tersebut dengan penuh khusyuk ketika solat fardhu dan sunnat.
So, diharap perkongsian ini dapat memberikan manfaatkan untuk semua. Feel free to share with all Muslim oke..;)

"Dan dari mana saja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram (Ka'bah), dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Ka'bah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan." ( QS. Al-Baqarah : 149 )

“ BAITULLAH ( KAA'BAH ) ADALAH KIBLAT BAGI ORANG-ORANG DI DALAM MASJID AL-HARAM DAN MASJID AL-HARAM ADALAH KIBLAT BAGI ORANG-ORANG YANG TINGGAL DI TANAH HARAM ( MAKKAH ) DAN MAKKAH ADALAH QIBLAT BAGI SELURUH PENDUDUK BUMI, TIMUR DAN BARAT DARI UMATKU”(hadith riwayat al-baihaqi)

5 juta sudi membaca:

Rean said...

Subhanallah..kuasa Allah maha besar!

Unknown said...

itulah...subhanallah....sye pun baru tahu..same2 la kite berkongsi ilmu...hehe

Muhammad Khairul Fahmi said...

Maha Suci Allah....fahmi t'lps kmarin...huhu..

Unknown said...

xper..ade rezki...tahun depan la ea..hehe

khansyaa' al khairiyah mohd ujang said...

aiyoo baru tau jugak T____T

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com