Friday, November 26, 2010

Ad-Dhuha


Ad-dhuha, diturunkan untuk menenangkan hati Rasulullah SAW..Kita ikuti asbabun nuzul atau sebab penurunan surah tersebut:

Pejam mata sahaja, dialog-dialog ini berlegar di ruang fikiran saya. "Haha..Muhammad itu gila! Muhammad itu penipu..kalau benar dia itu rasul, mana wahyunya? kenapa sudah tidak turun lagi? Pendusta sahaja dia itu." begitulah tohmahan dan kata-kata nista daripada si kafir Quraish kepada nabi tercinta.

Ini rentetan kepada peristiwa di mana terputusnya wahyu daripada Allah kepada Rasulullah dalam beberapa jangka waktu. Demikian itu, langsung terbit tuduhan-tuduhan tidak bermoral dan menyakitkan hati jika didengari oleh pencinta kepada nabi terulung itu. Ada juga fitnah yang tersebar mengatakan Rasulullah itu bukan nabi sebenarnya.

Baginda rasulullah sungguh hiba sekali mendengar kata-kata sebegitu dan tidak dapat dibayangkan perasaan baginda ketika itu. Kemuncak kepada peristiwa-peristiwa di atas ialah apabila dikatakan bahawa Muhammad telah ditinggalkan Tuhannya. Lalu diturunkan Ad-dhuha untuk menangkis kata-kata tersebut.

Sila baca surah ini beserta terjemahannya untuk memahami apa yang saya katakan.

Namun, bukanlah kata-kata tohmahan itu yang menjadi perkara utama sebab-sebab baginda begitu sedih.

Penyebab paling utama kesedihan itu berlaku ialah wahyu yang amat ditunggu itu tidak kunjung tiba. Wahyu itu sndiri adalah bekalan kepada Rasulullah. Bekalan yang memenuhi kehendak fitrah manusia, mengisi hati yang kosong dan kering. Itulah sebenarnya makanan jiwa. Wahyu itu sendiri adalah bekalan kekuatan Rasulullah dalam berdakwah kepada masyarat yang degil dan sentiasa menentang. Ayat-ayat yang diturunkan memberi ketenangan dan petunjuk kepada baginda untuk meneruskan perjuangan.

"Apabila wahyu terputus seketika, putuslah bekalannya, keringlah mata airnya dan sepilah hatinya dari kekasih. Tinggallah beliau seorang diri di tengah panas terik. Tanpa bekalan tanpa air dan tanpa bau kekasih tercinta yang biasa dinikmatinya"-Syed Qutub-

Kita bagaimana? Sudah berapa lama jauh dari Quran, jauh dari program agama, jauh dari tazkirah peringatan. Ada terasa apa-apa kosong di hati? Jika tidak ada, bimbangilah hati itu.

Tepuk dada tanya iman...

wallahualam

p/s: People who write, usually write what come from their heart. But it is unsure that it has anything to do with the stake that they are at now. For me, this is what I am at right now. So this is a reminder for myself so do you. If your heart is not at ease, search for ad-dhuha, recite it and read its meaning. Then continue with Al-Insyirah...=)..You'll be at peace and in tranquility.

Rujukan: Tafsir Fi Zillal Quran, Syed Qutub

1 juta sudi membaca:

travelogusahawanmuslim said...

Salam.. TQ.. sbb ayat surah ini turun ktika wahyu kpd nabi thenti sketika.. msa tu Nabi kena caci sbb dikatakan pendusta.. ayat ni turun utk menenagkn hati nabi & menafikan pkataan kaum musrikin ktika itu..

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com