Sunday, October 31, 2010

Rindu Ayah!

(entry ni dah penah dpost kan sebelum ni ...sekadar untuk peringatan pada diriku ini)

ibu mengajar erti kassih sayang
ayah mengajar ku
erti sebuah pengorbanan..



Di sisi ibu kau setia menanti
Lahir anakmu menambahkan seri
Bersama aminan memuji Illahi
Di telingaku kanan dan kiri

 "siapa kita hari ini adalah cerminan kita di hari esok..
segala tindakan kita akan mencorakkan kita di hari esok..."

jika aku terus menonton DOREMON
mengendahkan kata-kata ayah
mungkin aku tak masuk universiti skarang ni
jika aku terus melayan FACEBOOK
melupakan pesanan ayah 7 tahun dulu
mungkin aku tak dapat ijazah yang terbaik
idaman ayah



dulu aku kecik-kecik suke beno tngok citer doremon
walaupun cerite doremon hanya 
tiap hujung minggu
Ahad , jam 7.30 mesti aku mengadap depan tv
itu lah aq waktu aq umor 12 tahun....
banyak pengalaman 
waktu kecik - kecik yang aku teringat pasal ayah aku...

  
Hari - hari makin mendewasakan
Hidupmu tabah penuh kecabaran
Dalam mendidik amanah tuhanmu
Sabar melayar kerenah yang seribu

 suatu petang di Hari Raya..aku umur 5 Tahun

waktu tu hari raya..dan esoknya
adalah hari sekolah macam biase..
waktu tu aku sekolah tadika Kemas
aku ingat lagi...
kenangan bersama ayah..
ayah datang ke kampung sebab waktu tu,..
aku ikut mak ngan akak-akak aku balik kmpung
ayah pergi sebelah petang dan balik hari
sebab bnyak kerja nak siapkan..
ayah tanya..
"nak balik rumah tak?esok sekolah"
aku ikut ayah ku..sambil memeluknya di belakang..
nina nak ikut..
petang tu aku sangat gembira
duduk di hadapan moto..
ayah berpesan..
tutup mata..
nanti habuk masuk mata..
dan ketika aku pejam..
baru aku terjaga 
sekarang aku sudah berumur
20 tahun..
kenangan 15 tahun lalu masih segar dlm ingatan
bersama seseorang yang bernama 
ayah
mungkin jika ayah aku tidak bersusah payah mengambil
aku di kampung
mungkin aku tidak dapat menjadi
pelajar cemerlang matematik ketika dulu
ketika aku masih kecil  

 

suatu hari di pagi hari waktu nak g sekolah..ketika aku berumur 12 Tahun
 

ayah berpesan...
ina selalu tengok DOREMON kan..
UPSR kn dah nak dekat..
DOREMON tu..
nanti kamu besar ader lagi ..
UPSR cume sekali jer kamu ambil...

betul ape cakap ayah aku..bile aku pikir balik kalu ayah aku tak cakap macam tu mungkin aku tak berjaya
dapat 5A dalam UPSR..
terima kasih ayah..
sampai hari ini,.,bukan la..nak kate berjaye sangat..
tapi dapat masuk u..
dah buat ayah mak aku gembira..
sampai sekarang aku masih
teringat pesanan itu
terutama bila tengok 
cerita DOREMON
mungkin aku boleh jadikan..
panduan..

.ingat pesan ayah..

"siapa kita hari ini adalah cerminan kita di hari esok..
segala tindakan kita akan mencorakkan kita di hari esok..."

jika aku terus menonton DOREMON
mengendahkan kata-kata ayah
mungkin aku tak masuk universiti skarang ni
jika aku terus leka
melupakan pesanan ayah 7 tahun dulu
mungkin aku tak dapat ijazah yang terbaik
idaman ayah

wajah yang aku tak dapat lupa 
tentang ayah
bila ayah yang
mengetuai 
bacaan doa
ketika jamuan sempena keputusan upsr..
ketika itu
guru kelas ku..
ternampak aku..berjumpa ayah
memberitahu aku mendapat 5A
dan ayah terlalu gembiara
dan guru melihat kami berdua
teros jemput ayah
di jamuan itu..
kerana 
semua pelajar menaiki basikal
dan ayah terpakas menunggu aku
habis jamuan
so cikgu pun ajak ayah
semntara menunggu aku...

rindu nya di saat itu..!
dapat kah aku mengulangi kejayaan itu..


"Titisan keringatmu menyubur kehidupan
Berhujan berpanas tidak kau hendahkan
Dirimu tetap gigih menuai rezeki
Menjadikan mimpi satu realiti

suatu hari di selepas SPM



tak taw nak describe perasaan ayah
kalu ayah tau 
aku dapat temuduga
kat upnm
ye lah..tempat askar..
 lasak..
 aku pun keluar dari CC
lepas print out
sume
document yang penting 
pasal interview tu
nak bagi tau ke x
aku cakap la sorang2..
mm...
ayah ngan mak tunggu kat kedai mamak..
dari jauh aku tengok diorang..

mm..
ayah tanya
g mane?
g cc jap..
tu document ape?
mm..
interviwew..
nina dapat interview kt upnm

tak sangka ayah xcited..
haha..
ayah la orang paling bersemangat
bila tahu aku dapat interview tu..
ayah tak larang pon
aku pergi..

mungkin ayah minat 
ketenteraan walaupun
ayah ku bukan seorang tentera,,
sehari sebelum pendaftaran
ayah berpesan 
pada kawan nya di sana 
suruh lihat2 aku,,
walaupun aku tak berjaya masuk
disebabkan 
pengurangan kuota..

aku masih dapat membanggakan ayah..aku join  
pasukan latihan pegawai simpanan  TENTERA DARAT 
 di universiti ku sekarang
uniMAP!

"Biar ku tawar uang yang berjuta
Biar ku hampar selaut mutiara
Tak mungkin membalas segala jasa
Yang tidak ternilainya"

suatu hari di hari pendaftaran di uniMAP

aku teringat 
pengalaman itu..
ramai betul orang
bak kata mak aku
dah macm pesta..terutamanya
di pintu masuk universiti..
aku sangat gembira..

dan kenangan tu masih segar di ingatan aku
dan aku ingat sampai bila2..
aku dapat kediaman sementara..
di hujung 
kat situ tempat budak diploma

kalau di ikutkan
dan barang banyak
dan aku dapat aras bawah (ground floor)
semua orang kelihatan penat
tolong aku angkut barang
satu beg bagasi besar..2 beg bagasi kecil
satu beg sandang dan beberapa beg-beg kecil..

haha...
jam menunjukkan pukul 2 petang 
sume  saudara family yang hantar aku
nak balik da..
satu lagi pekara yang buat aku perfikir lama..
"sanggup mereka  menghantar..aku sejauh ni..
apakah harapan mereka pada aku?
mak kata sume nak tengok kamu berjaya

ayah pon begitu,,,
mm...kadang2 aku terpikir..
harapan mereka sangat besar..
dan aku tak maw mencabul
harapanmereka..
dengan melakukan perkara-perkara 
yang boleh mengagalkan aku
di unniversiti..

mungkin ini akan menjadikan
pembakar semngat ketika kau "down"
atau malas belajar...
dan
setiap pertemuan pasti ader perpisahann
waalupun hanya seketika..
perpisahan ttetap 
ada

ketika aku nak salam ayah aku...
ayah kau memberi duit belanja
ketika itu ptptn belom bagi 
duit perbelnjaan..
2 ribu ayah ku cari duit..

"oh Ya Allah 
ampunilah dosa kedua ibu bapa ku
kasihanilah mereka sepertimana
mereka mengasihi aku 
ketika kecil...
besar nya pengorbanan mu ayah..ibu
menyekolahkan aku..'sehingga aku di universiti
dengan titik peluh mu sendiri..
terbayarkah
nanti..
selaut mutiara tak mungkindapat memballas 
mereka...
hanya doa dan kesungguhan ku belajar 
yang dapat mengembirakan mereka..
dan menjadikan sesuatu yang baik 
di masa hadapan..
untuk kebahagian mereka
Ya Allah jangan jadikan aku 
anak yang lupa kedua ibu bapanya.."

ketika pulang..
ayah mengalirkan air mata
aku bercerita dengan kawan aku...
dia berkata..
ayah kamu gembira anak nya berjaya belajar sampai tahap itu..
mm...
tak penah ayanh menangis..
dulu aku di matrik...
mungkin kejauhan membuat dia bertambah
rindu kan anak 2 nya.

"Oh ayah akan ku bukti padamu
Curahan kasih tidak kusiakan
Mencapai cita jua kejayaan
Kan ku bela nasibmu"

 ayah...






ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

2 juta sudi membaca:

ida said...

aku tunggu post org p festival mkanan...

Unknown said...

x pegi...masalahnyer mcm ner nak wat post huhu...

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com