terima kasih Allah
menemukan aku dengan mereka yang sudi berdamping dengan ku
walau ku tahu
ilmu ku tidak setinggi langit membiru
terima kasih Allah
memberikan aku kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini
walau ku banyak
dugaan yg ku lalui
sepanjang perjalannan ini
terima kasih Allah
kerna menyedarkan aku bertapa pentingnya sahabat dalam meneruskan
perjuangan ini...
kini
aku semakin kuat dengan adanya mereka di sisi ku
tak jemu memberi semangat padaku
membantu ku
ketika aku memerlukan
semoga kalian dikurniakan
kebahagiaan di dunia dan akhirat
****
Assalamualaikum w.b.t.
Apa khabar badan dan iman kita hari ini? Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.. ^_^
hm hari ini tergerak hati nak update blog nih.
Apa khabar badan dan iman kita hari ini? Moga sihat dan ceria selalu hendaknya.. ^_^
hm hari ini tergerak hati nak update blog nih.
hati ni berselimutkan berbagai-bagai perasaan sejak final xam sem 3 ni bertandang.
alhamdulillah preparation tidak la terlalu bagus .
titik persoalanya. kemana macam mane result sem ini?aku sendiri tidak pasti. memang aku rasa agak kecewa dengan result test 1 yang aku dapat DIGITAL ELECTRONIC II.
mujur ada sahabat2 disisi.
namun tidak adil pula aku mengharapkan yang lebih cemerlang sedangkan usaha aku tidak seberapa. aku selalu berpegang dengan ugkapan ini.."Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"
(SEMANGAT HAS!)
yang penting hidup ini jangan begitu enteng menyerah kalah.
mungkin hari ini kita gagal namun esok jika kita mengambil pengajaran daripada kegagalan itu pasti kegagalan itu bertukar kepada kecemerlangan! insyaAllah... selagi kita masih ada peluang untuk hidup di muka bumi Allah ini pasti ada ruang dan peluang untuk kita memperbaiki kegagalan itu
yang pasti...
# Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
# Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.
and yang paling aku ingat ialah kata-kata dari bill gates..
Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
ceh macam berjaya sangat je aku ni nak nasihat orang padahal sendiri pon ta berjaya :P..
sayang korang rakan-rakanku! hee~
hehe tapi tu lah moga kita same-same memperbaiki diri ke arah menjadi hambaNya yang berguna di dunia dan diakhirat..insyaAllah. amiin..
hidup ini bagaikan suatu pelayaran yang pastinya akan menghadapi badai dan ombak yang mengganas namun segala badai dan ombak yang melanda itu adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membangkitkan kita daripada terus terlalai dan terlena
sekian dariku.
2 juta sudi membaca:
go girl!!! ak ni lg yg masih terkontang kanting
haha...x pe aq taw ang boleh nyer...huuhu..same2lh kiter berushe...insyaallah berjye!hehe
Post a Comment