Thursday, September 16, 2010

yang di cari

aku mencari lelaki beriman akhir zaman bukan untuk ku jadikan suami semata...
hanya untuk memastikan masih ada lagi harapan untukku hidup dalam suasana mawaddah...

aku ingin menjadi wanita beriman akhir zaman bukan untuk semata diriku...
tetapi juga untuk memastikan bahawa generasi yang lahir dari rahim ini nanti akan tenang dalam suasana rahmah...

mampukah aku? mampukah kau? mampukah mereka?

wanita fitnah terbesar dunia. lelaki tinggi mana pun iman mereka, andai mereka tak kuat untuk mepertahankannya pasti tersungkur hanya kerana wanita. disebabkan itu, hiasan yang ada pada wanita yang bisa menggoyah iman adam harus ditutup dengan rapi.

namun, hati hawa itu kadang tak mampu untuk menidakkan keinginan menunjukkan hiasan indah itu untuk tatapan semua. serasanya ingin semua adam memuji kecantikan diri hawa ini. manakan tidak, adam dirumah juga seakan merelakan keinginan tersebut tanpa menegur dan melarang cara pemakaian hawa itu yang bisa membuat hati adam diluar itu cair seperti coklat dalam mulut cair dan mengasyikkan...

sungguh tinggi tahap kedayusan adam-adam yang membiarkan hawa mereka menjadi tatapan umum semua lapisan masyarakat. dan hawa it terus menerus membiarkan dirinya dijamah mata-mata nakal para adam yang tiada sedikit pun memiliki hak itu.

ah hawa! dimana letaknya malumu? semua tentang dosa dan pahala kau sudah tahu. rasul kita sudah meninggalkan kita lebih seribu tahun lebih. islam sudah tersebar diseluruh dunia. tapi kenapa keadaan mu seperti tidak pernah mengenal islam? tinggikanlah rasa malumu itu. tutuplah hiasan mu. kerna, yang layak hanya adam yang telah menerima nikah dari walimu. bukan sebarangan adam!

ah adam! dimana letaknya kekuatanmu ntuk melindungi hawa mu? lindungilah hawamu itu dari siksa neraka dan kepanasan azab Tuhan mu. kerna, kau juga tutur akan terseret kelembah sengsara itu. tegaslah tika kau mendidik hawamu! ceritakan pada mereka azab melanggar perintah Tuhanmu. sayangilah mereka sepenuh jiwamu.

dunia! makin menuju kehancuran. bertambahnya siksa dan ujian bagi para adam dan hawa yang mendambakan cintaNya. hawa yang ingin meninggikan malunya dengan memakai burqa juga turut dicerca malah dihalang serta didenda. adam yang ingin membawa hawa mereka ke jalan yang terang turut disindir dan dilawan oleh hawa mereka. alangkah susahnya ingin membuat kebaikan.

tapi, yakinlah wahai adam dan hawa yang beriman akhir zaman! andai hati mu terusan yakin dengan janji Nya, pasti syurgalah milikmu kelak. pasti rahmah Nya akan turun mewarnai hidupmu di negeri abadi kelak.

dunia! nikmatnya tidak terkata. syurga dunia hanya untuk mereka yang ingin mendamba keindahan dunia yang tiada kekalnya. sibuk mengejar harta dan pangkat tanpa mempedulikan siapa mereka. yang dia tahu hanyalah bagaimana ingin menjadikan RM1 menjadi RM100. tidakkah mereka sedar, sutera dan emas yang mereka sadurkan ditubuh mereka akan menjadi milik orang lain tika jasad dan nyawa tak bersatu?

igatlah wahai pengejar harta dunia! tiada gunanya, wajah yang cantik dan emas yang berkilo kerna akhirnya kita kembali kepada Pencipta hanya dengan kain kapan.

carilah harta sebanyak mana yang kau suka!
tapi, gunakanlah harta yang kau ada untuk menambahkan keimanan. bukan untuk meingkatkan tahap kekufuran!

yang ku cari...redha Ilahi...
walau kadang hati penat mencari...

yang ku cari...lelaki sejati...
walau kadang aku gagal menjadi wanita sejati...

yang ku cari...bekalan selepas mati...
walau kadang harta dunia juga yang ku impi..

yang ku cari...ketenangan hati...
walau kadang dosa itu mengabui pandangan nurani...

2 juta sudi membaca:

Fakhrur Razi berkata said...

err bru terbce di satu lgik blog ;D
btol2
T.T ia mmg ptot ditujkan kot kte yg lpe tanggungjawab di muka bumi nih~

ana said...

itu lah...dak minx permission kat tuan nyer artikel...hehe...teringin nak kongsi...

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com