Friday, February 26, 2010

Dia kekasih Allah...

semalam aku terasa seperti bende di sekeliling ni mencari masalah...
tp hari ini bila fikir balik..
kenapa perlu salahkan hukum alam...
hari ni aku bangun dengan tanda tanya...
adakah rasa yang aku alami semalam..
masih terasa hari ini...
rupanya tidak...
kenapa perlu ingat semalam..
sedangkan hari ni tak menjanjikan apa-apa..
jadi perlu di sematkan dalam dada
hari ni mesti lebih baik dari semalam...

ya hari ini 12 RABIULAWAL...
hari keputraan junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W

aku teringat lagu zaman sekolah dulu..
sambutan nya tiap tahun..
mesti kami nyanyi..

Dia Kekasih Allah



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

ya aku insan biasa yang tak lari dari kesilapan

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

layakkah aku di gelar umatnya..sedangkan banyak lagi sunnahnya
yang masih aku tak tahu..
tapi ku cuba insyaallah
kerana aku tahu salah satu perkara
yang dijanjikan
bahagia dunia akhirat
adalah berpegang pada sunnahnya..



Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat


Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

oh tuhan!ya allah ku tak layak ke syurga mu..
dan tak tidak pula ku sanggup ke
nerakamu...
ampun kan dosaku...



Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah






0 juta sudi membaca:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com