Showing posts with label Berjaya. Show all posts
Showing posts with label Berjaya. Show all posts
Wednesday, December 29, 2010

yang penting USAHA



Bila kita sebut usaha, pasti ramai yang mengukur kadar usaha itu dengan kejayaannya. Kalau dia berjaya dengan cemerlang, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu berusaha bersungguh-sungguh. Kalau dia tidak berjaya, maka manusia akan menyatakan bahawa dia itu tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ini kebiasaan mentaliti insan.


Tetapi saya berpendapat, usaha tidak berkadar terus dengan hasil. Usaha adalah satu perkara lain, dan hasil itu adalah satu perkara lain.

Kenapa?

Sebab usaha di tangan kita, tetapi hasil tetap di tangan Allah SWT.

Sebahagian manusia, ada yang faham akan hal ini. Tetapi mereka berkata pula:

"Kalau macam itu, tak payah usaha. Semua Allah dah susun"

Em… Betul ke?

Saya setuju bahagian yang Allah susun itu. Tapi bahagian `tak payah usaha' itu, saya tak setuju.

Sesungguhnya, orang beriman itu amat dikasihi oleh Allah SWT. Kenapa?

Kerana keimanan mereka telah mendekatkan jarak mereka dengan Allah SWT. Orang yang beriman, dia sentiasa yakin kepada Allah SWT, dia sentiasa bersangka baik, dia tidak akan sesekali menyangka bahawa Allah SWT itu menzaliminya.

Jadi, apabila Allah SWT mengarahkannya untuk berusaha, maka orang beriman akan berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam lapangan pekerjaannya. Tanpa, meletakkan natijah sebagai matlamat utamanya.

Ada perbezaan antara dua manusia ini:

1. Kenapa studi? "Saya studi sebab nak dapat 11 A1"

2. Kenapa studi? "Saya studi sebab Allah suruh, dan belajar itu difardhukan di dalam Islam"

Bagi orang 1, apabila dia tidak mendapat 11 A1, dia akan menghadapi satu kejatuhan. Dia merasakan dia tidak berjaya. Dia merasakan usahanya selama ini adalah sia-sia.n Secara tidak langsung, sedih akan menyentuhnya.

Tetapi, bagi orang 2, jika dia menyebutnya dalam keadaan dia faham dan beriman, keputusan apa pun yang dia dapat, dia tetap akan tenang dan bersangka baik kepada Allah SWT. Berbelas/berpuluh A bukan matlamatnya studi, tetapi dia studi kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai hamba kepada Allah SWT. Maka, hasil di akhir usahanya, itu semua adalah pemberian Allah SWT. Dan dia tahu, Allah SWT itu tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba- Nya, dan Allah SWT itu tidak akan sesekali menzalimi hamba-hamba- Nya. Tidak akan ada kekecewaan dalam kehidupannya.

Itu contoh rekaan saya. Saya hendak mengajak anda melihat beberapa figur dalam kehidupan manusia, yang menjadi contoh kepada analogi orang 2 saya.

Kita lihat Utusan Allah SWT Nuh AS dan Rasulullah SAW. Mereka berdua ini, ada persamaan dalam kekuatan penyebaran agama Allah SWT kepada ummah.

Nabi Nuh AS menyebarkan dakwah 950 tahun tanpa jemu, dan Rasulullah SAW pula menyebarkan dakwah tanpa henti-henti walaupun diancam, diseksa, ditekan dari pelbagai arah.

Kalau kita perhatikan, dari manakah sumber kekuatan mereka untuk berusaha?

Iman. Kekuatan para Nabi adalah keimanan mereka yang tinggi. Keimanan ini yang tidak menggugah dan tidak menggoncangkan pendirian mereka.

Mereka faham bahawa, tugas mereka adalah menyampaikan, bukannya memberikan hidayah. Memberikan hidayah adalah urusan Allah SWT. Tanggungjawab mereka adalah menyampaikan amanah Allah, dan mentarbiyah insan. Sebab itu, mereka tidak mengalah apabila manusia menjauhkan diri dari mereka, memusuhi mereka, dan berusaha membunuh mereka.

Nabi Nuh tidak menyatakan usahanya selama 950 tahun itu sia-sia hanya kerana, dalam 950 tahun itu, 83 orang sahaja mengikutinya. Dia telah menjalankan tugasnya. 83 itu adalah natijah yang Allah SWT berikan kepadanya. Dan itulah yang terbaik. Kenapa terbaik? Kerana ia datang daripada Allah SWT.

Orang biasa, mungkin akan melihat angka 1000 itu lebih baik dari 83. Tetapi apalah ukuran manusia jika hendak dibandingkan dengan ukuran Allah SWT? Allah SWT Maha Tahu dan kita adalah hamba-Nya. Kita beriman kepada Allah SWT, dan segala natijah yang diberikan oleh Allah itu kita redhai. Kerna kita tahu bahawa Allah SWT tidak akan menzalimi kita, dan kita yakin Allah SWT itu Maha Tahu akan segala hal, baik dan buruknya.

Rasulullah SAW pula tidak berputus asa pada awal period dakwahnya yang sukar. Dia tidak mengalah selepas dibaling batu di Taif. Dia tidak pula rasa ralat dengan keadaan keluarganya dari Bani Hasyim, bani Quraisy, penduduk Makkah yang memusuhinya hanya kerana dia membawa agama Allah SWT. Hal ini kerana, Rasulullah SAW faham bahawa tanggungjawabnya adalah berusaha. Natijah adalah daripada Allah SWT.

Sebab itu, Rasulullah SAW mampu menerima pemergian Abu Talib dalam keadaan tidak beriman kepada Allah SWT. Kesedihannya, bukan kerana dia tidak redha kepada Allah SWT yang menarik Abu Talib dalam keadaan tidak beriman. Kesedihannya ketika pemergian Abu Talib itu, adalah kerana baginda sesalkan yang Abu Talib tidak akan ada sesiapa mampu membelanya di hari kiamat nanti. Sebab itu Rasulullah SAW berkata kepada Abu Talib dengan kata-kata yang sebegini:

"Wahai bapa saudaraku, katakanlah satu kalimah yang membolehkan aku membelamu di hari akhirat nanti. Katakanlah Lailahaillah"

Baginda tidak berkata: "Masuklah Islam wahai bapa saudaraku, atau selama ini usahaku kepadamu adalah sia-sia"

Tiada usaha yang sia-sia, apabila kita menggerakkan diri kita untuk berusaha. Segala usaha dikira oleh Allah SWT. Natijah, itu adalah hadiah daripada Allah SWT untuk kita. Apa pun natijah yang Allah berikan, itu adalah yang terbaik untuk kita.

Sebab itu, kita lihat pula akan beberapa tokoh yang hidup sezaman dengan kita.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin, pengasas Hamas yang dibom oleh helikopter Apache di Palestin pada tahun 2004. Adakah kematiannya, tanpa melihat Palestin itu dibebaskan, membuatkan usahanya selama ini adalah sia-sia?

Pada saya, tidak. Dia telah berusaha. Natijah yang Allah berikan kepadanya adalah, dia tidak mampu melihat Palestin itu dibebaskan pada masa kehidupannya. Dia ditakdirkan Allah, pergi dahulu. Namun As-Syahid Syeikh Ahmad Yassin telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Yakni berusaha.

Kita lihat pula As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Beliau membawa gagasan untuk mengembalikan Daulah Islamiyyah, dengan bermula atas jalan dakwah dan tarbiyah. Beliau akhirnya mati ditembak oleh manusia-manusia yang berhati busuk, tidak mahu daulah Islamiyyah itu menjadi realiti. Adakah kematiannya, tanpa melihat daulah Islamiyyah itu menjadi realiti, membuatkan usahanya sebelum itu adalah sia-sia?

Pada saya tidak. Dia telah berusaha. Natijah yang Allah berikan kepadanya adalah dia tidak mampu melihat daulah islamiyyah itu terbina semasa hidupnya. Dia ditakdirkan Allah, pergi dahulu. Namun, Imam Hassan Al-Banna telah menyelesaikan tanggungjawabnya. Yakni berusaha.

Dua tokoh ini, mereka berusaha. Namun mati sebelum hajatnya menjadi realiti. Apakah, mereka kecewa? Saya tak rasa mereka kecewa. Sebab saya nampak, kedua-dua tokoh ini adalah amat yakin bahawa natijah itu datang daripada Allah SWT. Saya yakin mereka bukan mengambil analogi orang 1 dengan berkata:

"Saya membina Hamas, kerana hendak membebaskan Palestin"

"Saya membina Ikhawanul Muslimin, kerana hendak membina daulah Islamiyyah"

Tidak. Ada kemungkinan Hamas dan Ikhwanul Muslimin akan hancur.

Tapi mereka ini sebenarnya, mengambil analogi orang 2.

"Hamas adalah usaha saya, ke arah membebaskan Palestin. Saya hendak membebaskan Palestin, kerna Palestin itu adalah satu tuntutan dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah"

"Ikhwanul Muslimin adalah satu bentuk usaha, ke arah pembinaan daulah islamiyyah. Daulan Islamiyyah ini perlu dibina, kerna ia adalah satu tuntutan Allah SWT, agar manusia boleh hidup mengangkat perintah-Nya, dan meninggalkan larangan-Nya"

Kita telah melihat hari ini, Hamas dan Ikhwanul Muslimin, hidup di merata dunia, dengan pelbagai nama. Sebenarnya, manusia tidak nampak Hamas atau Ikhwanul Muslimin sebagai matlamat. Tetapi mereka nampak hala tuju yang dibawa oleh dua organisasi ini, yakni mengembalikan manusia, sistem hidup itu, ke arah yang Allah redha, membuatkan manusia juga bergerak ke arah yang sama. Dan kalau anda hendak tahu, Hamas itu pun datangnya dari Ikhwanul Muslimin.

Dua manusia ini, semasa kehidupan mereka, bergerak melakukan sesuatu yang mereka mampu. Yakni usaha. Mereka melangsaikan tanggungjawab mereka untuk Allah memberikan natijah, yakni usaha.

Kalau mereka ini tidak berusaha? Kalau Syeikh Ahmad Yassin tidak mengasaskan Hamas? Kalau Hassan Al-Banna tidak mengasaskan Ikhwanul Muslimin? Adakah anda merasakan bahawa dunia hari ini akan jadi sebegini? Adakah anda merasakan Palestin akan bertahan sehingga hari ini? Adakah anda merasakan, tatacara hidup Islam itu akan diterima ramai seperti hari ini?

Sebab itu saya yakin, di ambang kematian dua tokoh ini, mereka tersenyum gembira. Kenapa? Kerna usaha mereka disambung orang lain, mereka ada pewaris, mereka ada pelapis. Mereka telah menyelesaikan tanggungjawab mereka, yakni berusaha. Natijah seterusnya adalah urusan Allah SWT.

Usaha mereka tidak sia-sia. Tiada usaha yang sia-sia. Cuma susunan Allah SWT itu juga yang terbaik. Kita manusia, tugasnya berusaha sahaja. Natijah, kita serahkan kepada Allah SWT bulat-bulat, dan segala apa yang Allah berikan kepada kita, adalah yang terbaik.

Kenapa? Kerna kita beriman kepada Allah SWT, dan amat yakin Dia tidak akan mengecewakan kita.

Justeru, apakah anda masih merasa malas untuk berusaha?

Berusaha mencapai kecemerlangan, berusaha mencapai yang terbaik, berusaha menjadi hamba Allah SWT yang terbaik, adakah anda masih merasa malas?

Tahukah bila seseorang manusia itu boleh berhenti berusaha?

Selepas dia mati.

Ps: teringat kata-kata seorang manusia: "Mati dalam keadaan berusaha, lagi bagus dari mati tak buat apa-apa"

~ remaja masjid~
Monday, December 27, 2010

"vs"




assalamualaikum w.b.t

sedikit perkongsian..juga peringatan buat diri yang daif..

1-mampu vs mahu - dalam meniti dewasa, makin banyak yang kita pelajari, makin banyak dugaan hidup yang terkadang ia menguji kita..mungkin juga sesuatu yang membantutkan kita utuk terus maju ke hadapan..atau futur dipertengahan jalan..atau dengan senangnya berkata saya tidak mampu...tapi sahabat,pernahkah kita terfikir yang betol ke kita ini tidak mampu?..atau belum cukup mahu??

2-sebab vs akibat - tertarik dengan perkongsian seorang ukhti yang mana dia kata manusia ni selaluuuu ..kalo dia nk buat sesuatu dia akan fikir "kalo aku buat macam tu,aku dapat macam tu"..contohkata kalo makan sebijik roti,x berapa nk kenyang...kalo makan dua roti,kenyang agaknya...walhalnya, ade sahaja orang yangmana sebiji roti pon da boleh buat dia kenyang...nampak lah kat situ, yang mana sebab dan akibat itu buat kita rasa terbatas...dan mungkin juga lari dari konsep tawakkal yang mana mengajak kita untuk berusaha dahulu..kemudian serahkan pada yang Berhak... hehe..sama2 kita renungkan

3-azimah vs rukhsah - keberatan vs kelonggaran/kesenangan....kalo diberi dua pilihan ini..tentu yang senang itu sahaja kita pilih...yaa,saya mengaku!...dan sebenarnya yang akan menyenangkan kita dikemudian hari adalah "azimah" itu sendiri..yang mana mungkin kita x nampak hikmahnya pada hari ini.. tapi esok! tapi malangnya hanya sedikit yang mampu berfikir sebegitu...itu hakikat..

4-kadang2 kita lupa apa yang kita ada hari ini semuanya datang dari sang Khaliq.even jari yang tengah menaip, oxygen yang tengah kita guna..juga mata yang sedang membaca entry ini..itu semua dari Allah..tapi mungkin kadang2 kita ingat,tapi bukan selalu...contohkata situasi yang selalu hadapi dan x boleh lari, bila exam mungkin ada soalan yang kita x boleh jawab atau salah dalam 3,4 dari 10 soalan contohnya la..itu da cukup da nk buat kita dok pikir x abis2"kenapalah x boleh jawab".."kenapala aku jwb mcm tu""kenapalah gi tuka jawapan"..hehe...walhalnya yang kita boleh jawab tu kita x pikir..dan mungkin tanpa pertolongan Allah...habuk pon x betol kan...peringatan untuk diri khususnya..
huhu

Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." [34:13]

ya Allah..golongkan kami dalam golongan yang sedikit itu.amenn..

5-amnesia vs "ngoya"...ahha fakta mengatakan bahawa perempuan lagi cepat dapat amnesia dari lelaki..hepotisis menyatakan sebabnya perempuan banyak berangan...yang mana banyak neuron2 yang dia gunakan ke arah yang x sepatutnya..erti katalainnya..membazir neuron..haha..betolkah? sila jangan bazirkan neuron anda wahai otomen..dush!

6- musim cuti2 nie...saya rasa saya makan macam dinosaur .titik.

Friday, November 26, 2010

Inilah Jawapanya




"Tuhan masih sayangkan saya".. ayat ini sering kita dengar diucapkan oleh masyarakat kita dimana sahaja, terutama apabila seseorang itu mendapat sesuatu perkara atau mengalami suatu peristiwa yang memberikan makna yang membawa harapan atau penyelesaian masalah dalam kehidupan seseorang itu.
Memang secara umumnya ayat ini nampak macam sedap dan lunak didengari. Tetapi, sedarkah kita apakah maksud sebenar dari ayat ini? Mari kita dengar sekali lagi:
"... syukurlah, rupanya Tuhan masih sayangkan saya..."
Oh, jadi, selama ini kamu fikir Tuhan tak sayangkan kamulah? Maksudnya kita tanpa disedari telah bersu'uldzon (sangka buruk) terhadap Allah kerana menghadapi beberapa kesukaran atau pun ujian di dalam kehidupan. Hanya setelah diberi pertolongan atau harapan, barulah kita menyedari selama ini Dia masih sayangkan kita? Barulah teringat nak bersyukur? Begitu?
Masih?
Perkataan MASIH dalam frasa di atas itu sahaja sudah bermaksud sesuatu yang sementara sahaja dan akan berhenti pada bila-bila masa. Tak faham? Ok, lihat contoh dibawah ini:
Saya MASIH belajar di UITM, saya akan berhenti belajar apabila berjaya menamatkan Ijazah Perguruan pada akhir tahun hadapan.
Atau :
Saya MASIH menunggu ketibaan kapal terbang di KLIA. Kapal terbang dijangka tiba pada pukul 10 malam, ketika itu barulah saya akan berhenti menunggu.
Saya MASIH hidup walaupun mengalami kemalangan yang dahsyat kerana belum tiba ajal lagi.
Jadi, adakah : Sekarang ini Tuhan MASIH lagi sayangkan anda, tetapi esok lusa tak tahu lah, mungkin Dia tak sayang pulak, ialah, manusia selalu buat dosa dan kemungkaran, maka, mungkin bila buat dosa tu, Tuhan tak sayanglah...
Sedangkan Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang! Allah SENTIASA sayang dan MEMANG sayang dan AMAT kasih pada sekelian hamba-Nya. Tiada masih-masih dalam kasih sayang Allah!
Allah Bukan Seperti Kita
Allah itu bukan seperti kita, manusia, yang mempunyai sifat dendam dan hasad, yang mana kita selalunya tidak akan mahu menolong orang yang membuat kesalahan pada kita. Memang benar, dosa membuatkan terhijabnya doa. Akan tetapi, Allah telah meletakkan sistem-Nya sendiri di mana hamba yang berdosa diberikan peluang untuk bertaubat sehinggalah nyawanya berada di kerongkong di saat sakaratul maut atau setelah matahari terbit dari sebelah barat.
Oleh itu, walau sebesar mana pun seseorang hamba merasakan dirinya berdosa, dia masih layak untuk berdoa dan doanya masih berhak untuk Allah dengari, selagi matahari belum terbit dari barat, atau roh sudah ditarik hingga kekerongkong oleh malaikat maut. Sama ada dimakbulkan atau tidak, terserah kepada budi bicara Allah S.W.T.
Apa pun, ingatlah, bahawasanya, Allah hanya memberikan yang terbaik buat hamba-hamba-Nya. Maka jika kita berasa diri kita banyak dosa, bertaubatlah. Mengapa perlu membiarkan diri terus hanyut dalam dosa hingga timbul rasa malu untuk berdoa pada Allah?
Daripada Anas bin Malik R.A :
Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya Allah berfirman (maksudnya): Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolongan-Ku, maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak akan menganggap bahawa dosa kamu itu suatu yang membebankan (untuk mendengar doa kamu). Wahai anak Adam! Sekali pun dosa kamu seperti awan meliputi langit, kemudian kamu memohon keampunan-Ku, nescaya Aku akan mengampuninya.
Wahai anak Adam! Jika kamu menemui-Ku (selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemui-Ku dalam keadaan tidak syirik kepada-Ku dengan sesuatu, nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu."
(Riwayat Imam Tarmizi dan menurut beliau ini adalah hadis Hasan Sohih)
Hadis diatas dengan jelas telah menunjukkan kepada kita bahawa walau sebesar mana pun dosa seseorang hamba itu, dosa tersebut tidak pernah dianggap bebanan oleh Allah untuk mendengar doa dari hamba-hamba-Nya.
Buang Rendah Diri Dan Sangka Buruk
Oleh itu, buangkan rasa inferiority complex (rendah diri yang tidak bertempat) dan jugasu'uldzon (sangka buruk) yang hanya akan merugikan kita. Bertaubatlah dan mohon pertolongan dari Allah dengan rasa yakin dan husnuldzon.
Please be fair to Him!!
Cinta dan Kasih Sayang Allah pada hamba-hamba-Nya tak sama dengan manusia yang fana ini, tolonglah faham dan kenali betul-betul.
Oleh itu, saya sarankan supaya gunakanlah perkataan,
"Syukurlah..walaupun hidupku begini, namun aku tetap ada Allah yang sentiasa menyayangi diriku dalam apa keadaan jua pun."
Bukankah yang Baik itu dari Allah, dan yang khilaf itu dari kelemahan kita sendiri? Semua orang pandai cakap ayat ini kan?
Kun Faya Kun?
Ada yang memberitahu saya bahawa perkara buruk tak akan berlaku pada sesiapa pun tanpa izin Allah. Benar, tak akan bergerak sebutir hama walaupun semua manusia dan jin bersatu untuk menggerakkannya tanpa izin Allah. Akan tetapi kebenaran untuk memilih buruk baik itu telah lama diberikan-Nya sejak dari azali lagi. Wajarkah kita mengatakan bahawa:
Aku mencuri kerana telah ditakdirkan Allah bahawa aku akan mencuri.
Di zaman saidina Umar R.A, seorang pencuri yang berkata dengan perkataan di atas telah dipotong tangan akibat mencuri dan disebat 30 kali kerana mengeluarkan kenyataan seperti diatas.
Saidina Umar kemudian memberitahu bahawa pencuri itu dihukum sebat kerana berdusta atas nama Allah (maksudnya mendakwa perbuatan jahatnya itu tidak dirancang sebaliknya Allah yang mentakdirkan sedemikian pada dirinya).
Oleh itu, wajarkan kamu menuduh Allah yang mengizinkan perkara buruk berlaku atas kamu?
Allah hanya memberikan perkara yang TERBAIK sahaja untuk kamu. Perkara buruk hanya akan berlaku ke atas diri kamu hasil kesilapan kamu sendiri. Allah tidak pernah sesekali menzalimi diri kamu. Persangkaan yang mengatakan perkara buruk yang berlaku pada kamu adalah kerana Allah yang mentakdirkan kepada kamu itu hanyalah pandangan dangkal dan su'uldzon. Oh, jadi, nanti kalau berlaku apa-apa musibah, bolehlah salahkan Allah, tak perlulah nak salahkan diri sendiri, begitu kah?
Hadis Qudsi riwayat Imam Ahmad :
"Aku (Allah) akan mengikuti sangkaan-sangkaan hamba-Ku, maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan."
(Bukan dengan apa yang kamu risaukan atau khuatirkan)
Ini adalah satu kelebihan dan kemudahan pada manusia sebenarnya, sekiranya anda menerapkan cara hidup berhusnuzzon (sangka baik) dan berfikiran positif maka dengan izin yang telah dikurniakan-Nya (kuasa eksekutif untuk memilih sempena kedudukan manusia sebagai khalifah) dari azali lagi ini, maka anda akan mendapati kehidupan anda dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat.
Positif Atau Negatif? Pilihan Masing-Masing
Maka kerana itulah kajian fizik quantum mendapati bahawa:
"Anda menarik ke dalam hidup anda apa yang anda berikan fokus, tumpuan, perhatian dan tenaga samada perkara negatif atau positif."
Sekiranya anda suka memberikan perhatian pada kisah-kisah buruk tentang perceraian dan keruntuhan rumah tangga orang lain, maka tenaga-tenaga berbentuk itulah yang anda juga sedang berusaha menariknya ke dalam hidup anda.
Itulah persangkaan-persangkaan anda, atau fokus anda, perkara-perkara yang anda suka dan seronok bila membicarakannya beramai-ramai, senang cerita, mengumpat hal orang lain. Tindakan menyebarkan berita hanyalah menarik lebih ramai orang berbincang dan memperkatakan tentang keaiban orang lain yang mana sebenarnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui hukum sebab musabab, dan juga Qada' dan Qadar seseorang itu.
Bersangka baiklah.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Tuesday, November 23, 2010

Exam Week

please pray for me...
Friday, October 29, 2010

Ada orang tanye saye....

studi  membebankn ker?

mmm...
mungkin kawan saya nampak saya macam terlalu berfikir tentang studi...
hinggakan...
pergi minum malam pun nak bawak nota segala...
(time tu nak test DIGIT la...)




so...

aku terus letak tepi nota-nota aku
beri tumpuan sepenuhnyer...

belajar ...

macam mane nak makan kuaci

bila balik bilik...
                                 bila fikir balik...


bila studi kita studi betol2...
bila minum kita minom betul2...
bila kita makan kauci...kita makan betul2...

teringat tyme skolah 

studi+studi=bijak
main+main=juara
studi+main=????



akhir kalam...


semoga kite beroleh kebaikan dari pada hari yang bermakna
Thursday, March 11, 2010

aku SUKA sukan....haha

~TAMAT~
bak kate all american rejects
When darkness turns to light
it ends tonight

mmg btul ah
sbb aku bukak mate je dh pagi
BADAN PUN RASE LAGI SENgal2....
dh smpai kolej kediaman pun...
demit
sehari suntuk kat stadium...
akhirnya aq dapat jugak maddle...bronze 4 lembing mey...haha..


ini BUKAN aku..
.
.sebab pic tak sempat nak amek,,,,haha
my favourite sport!ahaks..........

mengulangi kejayaan tyme form 2...dulu...hehe...
tp memg besyukur tyme 2..
.Tp apehal pon
Coach kate
xpe, perjalanan kamu masih jauh nak, kamu baru first year  kamu join
byk mase lagi nk practise nak dapat kan GOLd

GOLD???

enjoy it while it still last
because the time are far away to be catch back
and you'll regret it if you don't do it the way you like it




tapi memang bes lah...
especially...
malam penutup...
oleh DYTM Raja Muda Perlis...
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~baris!!!!~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


 zaman kegelapan wajah bermula...haha





haha...tema selamat hari raya aidilfitri...









perform dari RRD..Rejimen Renjer Diraja...smart n cool! 

paling bes....tyme





NC..kesayangan Kami...berlari!..hebat lah...

most precious moment...see the BUNGA API...
                       more meaningful...if i can see with  MY "  orang tersayang..."


.................................................THAT'S ALL............................................
 

Blog Template by YummyLolly.com